Tuesday, December 23, 2008

Berpindahlah-Berubahlah

Kesukaran yang Allah berikan kepada Rasulullah dalam sejarah hijrah ke Madinah, sejak dari detik memulakan , keluar dari rumahnya menyusuri celah-celah lorong dan lembah dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dan mereadh kegelapan mala. Sebelum dan selepas itu ramai sahbat yang sudah mendahului dan mengikuti langkah berhijrah ke Madinah. pelbagai kesukaran dan dugaan pahit yang mereka tempuhi. Ada yang sempat membawa harta yang dikumpul berdikit-dikit, tetapi semuanya lenyap menjadi mangsa rompakan para penyamun di pertengahan jalan. Rasulullah dan para sahabat tetap melakukan hijrah sekalipun dengan penuh kesengsaraan dan nyawa yang terancam, semata-mata kerana hendak menyelamatkan Islam agama Allah, agama yang menjadi landasan mendapatkan keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Di kota Madinah, Rasulullah mengumpul segala kekuatan dan mengatur strategi agar dakwah Islam dapat disebarkan dengan luas. Tidak cukup dengan halangan yang diberikan oleh pihak Quraisy semasa di Makkah, dihalang lagi dengan beberapa siri peperangan seperti Uhud, Khandak dan sebagainya. Hasilnya, kota Makkah dapat dibuka menerusi Fathu-Makkah selepas 10 tahun berada di Madinah. Selepas itu, Islam semakin berkembang sehing ke Tanah Melayu.

Persoalannya sekarang, adakah kita sebagai ummat akhir zaman ini masih mempertahankan Islam. pelbagai pengorbanan yang ditempuhi oleh Rasulullah dan para sahabat bagi memastikan dakwah Islam terus berkembang. Jika kita masih menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa muncul sedangkan kita masih berdiam diri, marilah kita sama-sama bangun daripada lena, membentuk jati diri dan bahu membahu membangunkan Islam yang tercinta. Semoga suatu hari nanti lahirlah generasi Islam yang sedia berjuang untuk agama Allah.

0 comments: