Monday, December 29, 2008

palestin kini

kepulan asap di gaza

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - PAS merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin khususnya kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut.
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan zalim regim haram Zionis Israel membunuh rakyat dan memusnahkan penempatan Palestin di Gaza adalah sangat dikesali dan ternyata bertentangan dengan peradaban manusia yang bermoral dan bertamadun.
"PAS mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ini yang telah mengakibatkan lebih dari 250 orang rakyat yang tidak berdosa terkorban serta ramai lagi yang cedera dan musnah tempat tinggal mereka.

Kekejaman ini dilaksanakan setelah segala bentuk hubungan kemanusiaan dan keperluan hidup penduduk Gaza dinafikan sejak sekalian lama. PAS merakamkan simpati terhadap kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut, " katanya dalam satu kenyataan media yang dimajukan oleh Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Dalam masa yang sama Ustaz Hadi mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

"OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini.PAS mengajak negara-negara umat Islam lain agar bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Dalam waktu yang sama PAS menyeru agar seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh umat Islam dalam negara agar dapat bersama-sama menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan biadap regim haram ini.

"Kita menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar diberikan pertolongan serta kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi regim Zionis Israel ini," katanya. - azm _

Tuesday, December 23, 2008

Berpindahlah-Berubahlah

Kesukaran yang Allah berikan kepada Rasulullah dalam sejarah hijrah ke Madinah, sejak dari detik memulakan , keluar dari rumahnya menyusuri celah-celah lorong dan lembah dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dan mereadh kegelapan mala. Sebelum dan selepas itu ramai sahbat yang sudah mendahului dan mengikuti langkah berhijrah ke Madinah. pelbagai kesukaran dan dugaan pahit yang mereka tempuhi. Ada yang sempat membawa harta yang dikumpul berdikit-dikit, tetapi semuanya lenyap menjadi mangsa rompakan para penyamun di pertengahan jalan. Rasulullah dan para sahabat tetap melakukan hijrah sekalipun dengan penuh kesengsaraan dan nyawa yang terancam, semata-mata kerana hendak menyelamatkan Islam agama Allah, agama yang menjadi landasan mendapatkan keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Di kota Madinah, Rasulullah mengumpul segala kekuatan dan mengatur strategi agar dakwah Islam dapat disebarkan dengan luas. Tidak cukup dengan halangan yang diberikan oleh pihak Quraisy semasa di Makkah, dihalang lagi dengan beberapa siri peperangan seperti Uhud, Khandak dan sebagainya. Hasilnya, kota Makkah dapat dibuka menerusi Fathu-Makkah selepas 10 tahun berada di Madinah. Selepas itu, Islam semakin berkembang sehing ke Tanah Melayu.

Persoalannya sekarang, adakah kita sebagai ummat akhir zaman ini masih mempertahankan Islam. pelbagai pengorbanan yang ditempuhi oleh Rasulullah dan para sahabat bagi memastikan dakwah Islam terus berkembang. Jika kita masih menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa muncul sedangkan kita masih berdiam diri, marilah kita sama-sama bangun daripada lena, membentuk jati diri dan bahu membahu membangunkan Islam yang tercinta. Semoga suatu hari nanti lahirlah generasi Islam yang sedia berjuang untuk agama Allah.

Friday, December 12, 2008

ijtima' yang menarik...

inilah yang sempat saya rakam ketika menghadiri Himpunan Pelajar Dan Mahasiswa Kedah Darul Aman anjuran Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA KEDAH). walaupun baru student sekolah menengah, teringin nak luangkan masa yang memang kosong dengan aktiviti seperti ini. berita himpunan ini saya dapat melalui akh Idris (pengerusi majlis merangkap naqib usrah saya) ketika minum2 di warung. sambil ajak ke himpunan itu, dia sempat lagi memberikan tugasan kepada saya dan sauban, rakan saya. kami ditugaskan untuk menyebarkan berita ini dan mencari lebih kurang 30 orang pelajar untuk hadir ke himpunan ini. mula2 saya hanya dapat 3 orang, tetapi mereka tidak dapat hadir. mungin ada hal yang lebih penting.

alhamdulillah, ijtima' ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 700 orang yang terdiri daripada golongan pelajar dan mahasiswa. semoga program ini dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang. semoga para belia bangkit bersatu padu membangunkan Islam yang tercinta.

cukuplah untuk post yang pertama. semoga Allah memberkati usaha kita dalam membangunkan Islam di zaman globalisasi ini.



ustaz mahmud zaim bersama sahabatnya


otai negeri kedah..hehe..