Benarkah kenyataan ini??? Puaka Niyang Rapik dah habis??? Lepas ni cerita apa pula ya???
Huhu...Sebenarnya, post kali ini saya bukan hendak bercerita tentang cerita seram yang ditayangkan di TV3 setiap Khamis. Terdetik di hati kenapa cerita sebegini ditayangkan dengan begitu meluas. Bukan apa, teringat saya kepada artikel yang saya baca dahulu, di blog Tinta Dua't. Dalam artikel itu terdapat beberapa persoalan yang dibangkitkan tentang kesan penayangan filem2 seram di media massa. jika dahulu, timbul kontroversi tentang video kematian yang mana menunjukkan mayat diazab kubur sehingga meletup!!! Oleh itu, video itu diharamkan penayangannya bersebabkan, khuatir kanak2 akan terpengaruh dgn video itu.

namun begitu, cerita2 seram sebegini dibenarkan penayangannya. Saya mengakui,jika saya menonton cerita sebegitu, hanya saya seorang yg menontonnya. sepupu2 yang lain tidak turut sama. jika mereka menontonnya, boleh jadi mereka akan mengigau semasa tidur,takut utk ke tandas seorang dir dan lain2. adakah cerita tentang azab kubur yang wajib kita lalui tidak boleh ditayangkan tetapi lain pula cerita tahyul seperti ini dibolehkan??? tepuk dada tanya iman....
1 comments:
a'ahkan.. sedangkan cerita tentang azab kubur tu boleh mengingatkan kta kepada mati dan balasan atas perbuatan kita, betul tak?
Post a Comment