Alhamdulilah...
Akhirnya bertukar juga cermin mata (spek) saya. Spek yang lama digantikan dengan spek yg baru. Mulanya hanya mahu memencenkan bingkai spek yang lama, tapi terlanjur menempah yang baru. Mahal juga spek ni tapi tidak mengapa, cantik. Sebenarnya, post kali ni bukanlah nak membebel tentang spek baru, tapi ingin berkongsi pendapat sahaja.
Teringat saya pada kelmarin. Di saat saya dengan Ummi pergi ke kedai spek di Mall kat UUM.
Yang sedang menjaga kedai ialah lelaki berbangsa Melayu. Lantas Ummi bertanya kepadanya untuk menukar bingkai spek. Namun jawapannya agak mengecewakan. Lelaki itu beralasankan payah untuk mencari bingkai spek yang sama jenis walaupun tidak mencuba. Selepas itu, kami menuju ke Kedai Cermin Mata Vision Idol. Pemiliknya berbangsa Cina. Memuaskan hati saya dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Seusai urusan menempah, Ummi berkongsi pendapat dengan saya."Lihat Cina tadi, bagi layanan, tak seperti Melayu tadi. Seorang peniaga perlu ingat, bangun jatuh perniagaan bergantung kepada pelanggan. Bagaimana nak maju kalau malas dan tak berani mencuba. Matlamat mereka tetap sama, nak mendapatkan keuntungan"
Cakap Ummi ada betulnya. Di sini saya ingin relatekan sikap kedua-dua peniaga tadi dan pendakwah.
PENIAGA BERGRED 'A' dan PENDAKWAH BERGRED 'A'
Peniaga yang bergred 'A' selalu mementingkan kualiti. Bagi mendapatkan kualiti yang mantap, dia perlu mendalami beberapa skill yang membolehnya menguruskan perniagaan dan mentackle pelanggan. Dia perlu bijak mengatur strategi.. Barulah perniagaan boleh maju dan pelanggan puas hati. Begitu juga dengan seorang da'ie. Tugas seorang da'ie ialah amar maaruf nahi munkar kepada umat manusia. Oleh itu, pendakwah perlu menyiapkan diri dengan skill yang tertentu seperti fikriyyah, 'ubudiyyah dan jasadiah. jika skill-skill ini sudah ada, maka lahirlah pendakwah yang bergred 'A'. Mungkin artikel di Tinta Du'at boleh membantu kita.

0 comments:
Post a Comment