
Hmmm...
Latihan nasyid yang memenuhi masa Preparation Class membuatkan tugas sebagai mangsa SPM dan lain-lain tergendala. Ditambah pula dengan Rabu depan yang diisi dengan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Selangor. Memeranjatkan. Berita tentang forum tiba ke cuping telinga ini hanya tinggal 5 hari. Selasa nasyid, Rabu forum. Bila saya boleh berlatih??? Satu malam sahaja??? Moga-moga Allah berikan kekuatan dalam menempuhi tugas-tugas ini. Insya-Allah.
Memikirkan hal ini, teringat saya kepada wasiat ke-10 Mujadid Islam. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Tokoh yang besar pengorbanannya bagi saya.
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,"
Al-Wajibat Aksaru Minal Auqat
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada". Begitulah ungkapan beliau. Benar sekali. Kalau nak dikirakan, tugas-tugas yang diamanahkan tidak dapat diselesaikan dalam masa 24 jam. Boleh jadi 48 atau 72 jam. Agak-agak saya lah. Oleh itu, mengapa perlu hendak dipelikkan kerana itu adalah lumrah bagi seorang da'ie.
Jom Bantu-Membantu
"Bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah". Dakwah. Ringkasnya. Bagi seorang da'ie, barangkali dia sudah dapat meluangkan masanya dengan perkara yang berfaedah tetapi mungkin dari aspek pengurusan masa??? Tepuk dada tanya diri sendiri. Mungkin dia perlu menghadiri kursus pengurusan masa jika masih tidak dapat mengawal hal ini. Seterusnya, bolehlah dia uruskan masa dengan baik dan amalan zikir dan fikir dapat ditingkatkan. Namun, bagaimana pula dengan insan-insan yang baru hendak mengenal Islam. Bagaimana mereka hendak menguruskan masa mereka dengan baik dan bermanfaat sementara menunggu saat bertemu dangan Sang Pencipta Sekelian Alam??? Huh!! Rumit juga ye...
Make It Simple
"Jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," Sudah maklum bahawa salah satu tugas manusia ialah mengabdikan diri kepada Allah. Sebagai da'ie, perlulah mengajarkan amalan-amalan yang boleh membawa kebaikan sementara menunggu saat pertemuan manis dengan al-Wahid kepada insan-insan yang baru mengerti. Tidak perlu memberikan yang berat-berat, hanya yang bersesuaian dengannya. Jika insan itu selalu menderhaka kepada ibu bapa, suruhlah berbuat baik kepada ibu bapa.
Sistem MLM
Apa itu MLM??? Malam ke??? Sistem MLM ialah sistem yang digunakan oleh kebanyakan syarikat jualan langsung. Sebagai contoh, Ahmad menjadi ejen HPA. Sudah tentu dia perlu mencari orang untuk menjadi "kaki"nya. Setiap kali bertambah kaki, bertambahlah bonusnya. Menjadi satu keuntungan bagi makhluk Tuhan yang menyampai sesuatu amalan soleh atau ilmu dan seterusnya dikembangkan kepada generasi yang lain. Nampaknya, banyaklah isi di dalam 'akaun pahalanya'.
0 comments:
Post a Comment