"Ok, penuhkan mase cutimu dgn memantapkan ilmu d dade..salam ya akh"Mesej terakhir daripada Zahid kepada saya pagi tadi. Terima kasih Zahid, kerana memperingatkanku. Entah dari mana dia dapat nombor telefon saya. Tak mengapa lah.
~~~~~~
BUZZ!!!
Sabri menyapa saya melalui Yahoo Messenger. Mesti ada apa-apa dia nak tanya atau minta pendapat. Ada-ada saja pelajar KISAS ni.
Sabri meminta sedikit masa saya untuk membaca satu artikel. "Nampak macam menarik," cetus hati saya bila melihat
url yang diberi.
http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html
Satu Tipu DayaArtikel ini mengisahkan satu kejadian yang menimpa kepada seorang rakyat 1MALAYSIA (saya rasa la). Beliau (yang berada di overseas, tapi saya tak tahu di mana) pergi ke satu pasar raya atas tujuan membeli barang dengan pak ciknya. Semasa hendak pulang, pakciknya tercicir barang (apa la pakcik). So, dia pon kena tunggu. Masa tengah tunggu, dia terasa untuk membuang air.
Disebabkan berada di tempat orang, dia tak tahu mana tandas yang terdekat. Lalu dia pon bertanya kepada orang yang lalu lalang kat situ. Sebuah gereja direkemenkan. Oleh sebab dah tak tahan, dia redah je la. Dalam masa yang sama, pihak gereja sedang mengadakan satu program. Macam majlis konvo pula.
Tak lama lepas itu, dia perasan salah seorang lelaki yang menyertai aktiviti gereja itu merupakan jirannya!!! Bermulalah kisahnya dengan Bishop itu...
~~~~~
Saya sudah membacanya. 2 jam 30 minit saya ambil masa untuk membaca dan berfikir. Artikel itu banyak memberikan maklumat kepada saya. Mungkin juga anda. Saya menggalakkan anda untuk membacanya. Luangkan sedikit masa kepunyaan Allah yang dipinjamkan untuk membacanya. Tips daripada saya,anda perlu memahami beberapa konsep dalam Islam agar anda tidak terpengaruh dengan kenyataan mereka serta rendahkan hati kita untuk menerima realiti yang menimpa umat Islam yang dinyatakan. Juga, saya mengajak diri saya dan pembaca untuk memikirkannya dan membuat satu perubahan.
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." (al-Hadis)
Ya Allah, thabatkan hatiku dalam menempuhi dunia ini. Aku hanya insan biasa.