Thursday, January 7, 2010

Apa Pendapat Anda Tentang Ayat-Ayat Ini?

Assalamualaikum semua.
Satu lagi perkongsian antara anda dengan saya. Ambil manfaat ya!

Ayat 1 : "Pada cuti yang lepas, saya dan rakan-rakan pergi ke Langkawi untuk membeli-belah coklat."(ayat mengikut tatabahasa Bahasa Melayu)

Ayat 2 : "During last school holiday, my friends and I went to Langkawi to shop some chocolates."

Pada pendapat anda, apa yang anda boleh bezakan antara 2 ayat di atas?

JAWAPAN YANG MUNGKIN DIBERI

1. ayat 1 dalam BM, ayat 2 dalam BI.
2. jumlah perkataan dalam ayat 2 lebih banyak daripada ayat 1.
3. tatabahasa ayat 2 salah la...mungkin.
4. Allahu a'lam

PENDAPAT SAYA

Bagi saya, saya melihat kedua-dua ayat tersebut mempunyai perbezaan yang sangat sangat bermakna. Ya, sangat sangat bermakna.

"Tidak beriman seseorang itu kepada Allah sehingga dia lebih menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri"(al-Hadis)

Kalau kita perhatikan ayat 1, frasa "saya dan rakan-rakan" menunjukkan saya mendahulukan dirinya dan diikuti rakan-rakannya. Berbeza dengan ayat 2, I mendahulukan kawannya berbanding dirinya. Nampak kan?


UKHUWAH

"Ana nak tanya anta semua, ukhuwah antara ibu bapa dengan sahabat, mana yang lagi kuat", Ustaz Zul ajukan soalan itu kepada kami seusrah.

"Ibu bapa la ustaz", ujar Sauban.

"Hmm...sahabat kot" Azry berkata.

"Entah la", saya tamatkan persoalan.

"Sahabat lagi kuat. Azry betul", jawab ustaz.

Betul tu. Ukhuwah sesama sahabat lagi kuat sebab kita membesar dengan sahabat kita. Saya ulang, sahabat. Memang la ibu bapa yang membesarkan kita, tapi sahabat membesar dengan kita mengikut zaman yang sama dengan kita. Oleh itu, mereka lebih faham kita. Mereka juga menghadapi zaman yang sama.

Serendah-rendah ukhuwah ialah Salamatul Sudri seperti bersangka baik dan berbuat baik.

Setingi-tinggi ukhuwah pula Itsar iaitu melebihkan sahabat daripada diri sendiri.

Dan diingatkan, ukhuwah Islamiah ialah persaudaraan kerana atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah (keredhaan Allah SWT). Firman Allah SWT,

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat. (al-Hujurat : 10)


SAUDARA YANG BERKASIH SAYANG


Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Namu begitu, ada yang tidak merasakannya. Kenapa pula?

Oleh itu, suka saya memberitahu, biarlah kita jalinkan persahabatan sesama kita atas keimanan. Barangkali, manusia-manusia yang tidak merasakan manisnya ukhuwah kerana mereka tidak menegakkan persaudaraan itu dengan iman.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh"(as-Soff : 4)

Begitulah perumpamaan yang Allah SWT beri kepada orang-orang yang berjihad di jalanNya. Cuba anda bayangkan dalam satu tembok, terdapat 1 bata yang kurang dan membentuk lubang. Nampak cacat dan kemungkinan tidak tahan lama. Begitu juga orang-orang mukmin.

Orang-orang yang disebut dalam ayat ini adalah yang berperang di jalan Allah SWT. Point yang perlu kita sedar bahawa, mereka yang berukhwah menjadi sangat akrab kerana mereka dalam jalan yang sama. Dalam perjuangan yang sama. Semata-mata mecari keredhaan Allah SWT.

Teringat saya akan peristiwa saya berkenalan dengan abang-abang di Darul Quran. Saya bukan pernah tidur sebumbung dengan mereka, cakap lagi la. Namun, pertemuan kami atas dasar perjuangan terasa bagaikan sudah lama kenal. Kalau setakat sembang gitu-gitu, tak merasa kekok langsung. Padahal, kalau pergi mana-mana, nak bertanyakan sesuatu dengan orang yang kita tak kenal, malu pula. Pelik kan?

Allah itu Maha Mengetahui. Juga, dengan kehendak Dia, pertalian terus diikat kuat bagi insan-insan yang berjuang.



TERIMA KASIH TUHAN

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana meletakkan diri saya dalam kalangan kawan-kawan yang baik hati. Juga memberikan sahabat yang sangat baik.

Saya juga berterima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi berkawan dengan saya. Walau diri ini selalu membawa masalah kepada anda.=)

Saya juga berterima kasih kepada anda yang mengunjungi Ikhwanmusaffwan. Saya anggap anda sebagai kawan walau kita tak pernah berjumpa.

Saya berharap kita semua memperkembang biakkan persahabatan dengan manusia-manusia lain. Supaya kita beroleh rahmat Allah SWT. Ya, rahmat Allah SWT.




2 comments:

atenhana said...

to saffwan: saya juga gembira mendapat kawan seperti anda!

QiSyA bAtRiSyA said...

>> Alhamdulillah..masih ader yg m'mahami definisi n kepentingan ukhuwah...SYABAS SAFFWAN!!