Monday, January 4, 2010

Pandangan Tentang Penggunaan Kalimah Allah

assalamualaikum.

hari yang baru, post yang baru.

sebenarnya, bukan post saya, cuma copy saja. Terasa tak mampu untuk menghasilkan post sebegini.

Artikel ini saya ambil daripada Mantan Timbalan Presiden BADAR KISAS 08/09, Abg Razif yang juga merangkap senior saya semasa di SMKA Kedah dulu. Harap-harap faham la ayat yang dia bikin sendiri. Biasa la, ayat orang hebat. huhu...

Sunday, January 3, 2010

Pandangan Tentang Penggunaan Kalimah Allah


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya pasti menimbulkan kesan tidak senang pada seluruh umat Islam di Malaysia. Memetik kata-kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa,

“ Ini bukan isu politik, ini isu akidah, tauhid yang umat Islam tidak akan beri respon senyap terhadap isu ini.”

Berlainan pula dengan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO, agak berlainan pandangannya,

“Pemimpin UMNO boleh membawa perkara ini dalam mesyuarat MT kerana selaku PARTI ISLAM TERBESAR di negara ini,kita akan terus memastikan Islam tidak akan diganggu gugat oleh mana-mana pihak.”

Panjang pula syarahnya jika nak dibahaskan mengenai UMNO=parti Islam ini. Kita lupakan sebentar komen beliau. Apa pun, umat Islam seharusnya bersatu dalam menentang penggunaan kalimah Allah sewenang-wenangnya. Kehangatan isu ini dirasai lagi dengan pelancaran petisyen oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai bantahan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.. Klik sini untuk ke petisyen.

Isu ini perlu diperjelaskan sedalam-dalamnya bagi penjelasan penganut kedua-dua agama. Alangkah baiknya diadakan dialog antara agama bagi menjelaskan perkara ini. Mari kita lihat sejarah agama yang lahir 2010 tahun yang lalu ini…


*Artikel ini ditulis menurut sisi Kristian dan tidak sama sekali melambangkan akidah Islam.

AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian yang kita lihat pada hari ini tersebar luas di negara-negara Barat dan lain-lainnya adalah berasal dari ajaran Nabi Isa a.s (Jesus Christ). Walaupun bagaimanapun, ajaran yang ada pada hari ini telah mengalami evolusi hasil kerja seorang Yahudi bernama Paulus (ataupun Saul dalam bahasa Yahudi). Paulus ialah seorang penganut agama Yahudi yang cukup memusuhi Jesus dan pengikutnya. Tetapi, akhirnya beliau mengaku beriman dengan ajaran Jesus dan mendakwa dirinya sebagai pesuruh Jesus. Percanggahan yang berlaku dalam agama Kristian setelah evolusi ini menyebabkan penganutnya berpecah kepada golongan yang kekal dengan ajaran Jesus dan golongan yang mengikut Paulus.

Bermula pada tahun 1 Masihi hingga tahun 1879, sebanyak 20 kali persidangan telah dibuat oleh ketua-ketua agama Kristian dan daripada 20 persidangan ini, empat daripadanya membicarakan mengenai konsep trinity. Persidangan itu ialah Nicea Conference (325 Masihi), Constantine Conference, Epysus Conference dan Khalecdon Conference. Nicea Conference adalah yang paling penting kerana ia adalah persidangan yang membincangkan mengenai penetapan trinity yang menjadi akidah penganut Kristian.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN NICEA CONFERENCE (325 MASIHI)


  1. Penganut Kristian berselisih pendapat tentang peribadi al-Masih Isa. Mereka bercanggah pendapat sama ada baginda semata-mata rasul yang diutuskan Allah atau ia mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada itu (anak Allah). Golongan Kristian dari Barbar menyatakan bahawa baginda dan ibunya (Maryam@Mary) adalah dua tuhan disamping Allah. Sebelius dan pengikut dan pengikutnya pula menyatakan bahawa hubungan al-Masih dan bapanya (Allah) ibarat cahaya api yang tidak akan terpisah dari apinya. Elian dan pengikutnya pula berpendapat Maryam @Mary tidak hamil sembilan bulan tetapi pancaran kalimah Allah masuk dari telinganya dan keluar di tempat yang biasa dilalui bayi ketika dilahirkan.
  2. Wujudnya pelbagai golongan dalam agama Kristian. Agama Kristian dianuti juga oleh penyembah berhala Rom, Yunani dan Mesir. Golongan ini masih berpegang dengan kepercayaan asal mereka mengenai dewa-dewi dan proses kelahiran anak dewa yang juga akan menjadi dewa. Sebagai contoh masyarakat Yunani percaya, Dewa Zeus mempunyai anak yang bernama Hercules (Hercules atau Raja Hiraqlius wujud di zaman Rasulullah. Baginda pernah mengutus surat untuk mengajaknya kepada Islam. Pelawaan baginda telah ditolaknya dengan baik.)
  3. Keinginan Raja Constantine memeluk Kristian. Pada peringkat awalnya, Raja Constantine berkeinginan memeluk agama Kristian. Namun setelah berlakunya persengketaan ini, ia memutuskan supaya diadakan satu persidangan bagi menetapkan satu ketetapan yang tertentu.



SIAPA YANG MENGHADIRI NICEA CONFERENCE (325 MASIHI)?

  1. 2048 orang uskup (paderi)
  2. Raja Constantine

Raja Constantine mempengerusikan persidangan itu. Baginda duduk di tengah-tengah kalangan mereka sambil menyerahkan cop mohornya, tongkat dan pedang kepada ahli persidangan dan berkata,

“ Pada hari ini kamu telah kuberikan kekuasaan penuh di atas kerajaanku, untuk dapat kamu kerjakan apa yang patut kamu kerjakan demi untuk mengasaskan tiang agama dan menguruskan kepada kaum yang beriman.”



KEPUTUSAN YANG DIAMBIL

Di antara keputusan-keputusan penting yang diambil dalam Nicea Conference ialah:

  1. Menetapkan konsep Tiga Ketuhanan dan ketuhanan Al-Masih serta penurunannya untuk disalib bagi menebus dosa manusia.
  2. Tidak mengizinkan ketua-ketua agama yang duda berkahwin semula bagi menuruti kata-kata Paulus,

“ Suami bagi seorang wanita sahaja”

  1. Memilih buku suci yang tidak bertentangan dengan keputusan terdahulu dan memusnahkan risalah-risalah dan Injil selainnya.

Kebanyakan daripada keputusan yang diambil adalah dipaksakan oleh penguasa-penguasa agama dan oleh Raja Constantine demi kepentingan dirinya sendiri. Sebanyak 1730 orang uskup menerima keputusan persidangan itu manakalan selebihnya menolak. Keputusan persidangan itu secara jelasnya terbatal namun ia tetap dijalankan.



KESAN NICEA CONFERENCE (325 MASIHI)

Kesan terbesar ialah dari segi akidah di mana mereka menetapkan trinity dalam masalah ketuhanan mereka.

Tiga oknum itu langsung tidak tersebar dengan luasnya melainkan setelah berlakunya persidangan tersebut. Sebelum dari itu, orang-orang Kristian sendiri hidup dengan bermacam-macam pendapat mengenai Isa. Dalilnya; Peserta-peserta muktamar (persidangan) yang diundang khas oleh Raja Constantine seramai lebih 2048 orang itu Cuma 318 sahaja yang membuat keputusan tiga oknum tersebut. Yang baki lagi itu terpaksa turut sahaja kerana menghormati raja dan kemudiannya diundangkan oleh raja serta dikuatkuasakan di negeri-negeri.”

Keputusan yang diambil oleh persidangan mengenai hal tersebut masih dipegang sehingga kini. Mereka mendakwa keesaan Tuhan hanyalah propaganda dan trinity adalah benar.



APA ITU TRINITY?

Ajaran-ajaran Paulus menjadi dasar kepada wujudnya dogma trinity. Trinty ialah kepercayaan Tuhan terdiri daripada tiga elemen iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Qudus. Ketiga-tiga elemen ini tidak bermakna ada Tuhan yang berlainan, sebaliknya mereka adalah satu. Dengan kata lain, mereka adalah tiga dalam satu.



MENGAPA KALIMAH ALLAH TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENERBITAN HERLAD-THE CATHOLIC WEEKLY?

  1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

(Surah al-Ikhlas: 1-4)

Antara lain, Allah juga telah berfirman,

Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. cukuplah Allah menjadi Pemelihara. Al-Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah). barangsiapa yang enggan dari menyembah-Nya, dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya. Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal saleh, Maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka sebagian dari kurnia-Nya. adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, Maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain dari pada Allah.

(Surah an-Nisaa’: 171-173)


Memang benar jika dilihat pada sesetengah ayat al-Quran, ada orang Nasrani dan Yahudi menggunakan kalimah “Allah” sebagai memaksudkan Tuhan semest alam. Rasulullah juga tidak pernah melarang penggunaannya dalam kalangan orang bukan Islam. Namun, ia jelas bahawa Allah bagi fahaman bukan Islam adalah berbeza dengan Allah pada fahaman orang Islam. Dalam konteks Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan mempunyai pengetahuan Islam yang sederhana (dan segelintirnya amat cetek pengetahuan agamanya), Allah perlu dieksklusifkan kepada orang Islam sahaja bagi mengelakkan kekeliruan.


Sesungguhnya Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam", padahal Al-Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. Sesungguhnya kafirlah orang0orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa. jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya ?. dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al-Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang Sesungguhnya Telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. perhatikan bagaimana kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), Kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat kami itu). Katakanlah: "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?" dan Allah-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Katakanlah: "Hai ahli kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang Telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka Telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus".

(Surah al-Ma’idah: 72-77)



Pegangan penganut Kristian yang menyatakan tiga dalam satu dan satu dalam tiga; iaitu percantuman antara tiga oknum; oknum Tuhan bapa, oknum Tuhan anak dan Ruhul Qudus adalah perkara yang tidak diterima oleh akal bagi pandangan Islam. Bagaimana satu boleh bererti tiga, dan tiga boleh menjadi satu bagi zat dan sifat yang berlainan?


  1. Melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan sama sekali terhadap orang Islam.


Menerbitkannya dalam bahasa Melayu dan menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan God adalah dakyah halus bagi menarik orang Melayu kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam.


  1. Mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam.

  1. “Terjemahan ‘God’ yang digunakan dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah ‘Tuhan’, bukan Allah. Allah spesifik Tuhan bagi orang Islam. Kalau mereka faham mereka akan guna perkataan Tuhan, bukan Allah”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia)


Hakikatnya, kalimah Allah telah digunakan sekian lama dalam ajaran Kristian di Sabah dan Sarawak iaitu sejak sebelum penggabungan dua negeri ini dalam Malaysia. Persoalannya, mengapa baru sekarang kita sedar?


Rujukan

  1. Al-Quran al-Karim
  2. Ibra Yakin. Pertentangan Islam dan Kristian. Klang, Selangor: Jasmin Enterprise, 1992
  3. Mohd. Rosmizi Abd. Rahman. Panduan Memilih Agama. Shah Alam, Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2005
  4. Dr. Rouf Shalaby. Sorotan Kepada Agama Masihi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara
  5. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kenapa Saya Tidak Kristian?. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976


Kesimpulan Daripada Saya
Setelah melihat isu ini selama beberapa hari, pendapat saya, penggunaan kalimah Allah dalam akhbar itu perlulah dibendung. Perkara ini boleh membawa kepada kekeliruan. Kita tidak mahu umat Islam di Malaysia terkeliru mana satu yang benar. Boleh jadi sekiranya seseorang tersilap membaca sesuatu artikel daripada akhbar Herald, dan meyakini isi kandungannya padahal ianya kenyataan artikel itu salah.

Saya juga berharap, pihak yang prihatin melakukan langkah drastik(terutama Dewan Ulama PAS) bagi membendung masalah ini.

2 comments:

IslamicboyZ said...

Kalimah ALLAH tu masalah istilah, tapi bila dipolitikkan jadilah GAWAT...

QiSyA bAtRiSyA said...

salam ziarah...benar la demikian...Pd p'dpt ana...kalimah ALLAH bleh digne kn sekira nye sumber nyer adalah drpd kitab2 yang sahih yg t'diri drpd 4 kitab yg diturun kn oleh ALLAH tnpa sbrang penyelewengan...namun..umat ISLAM khusus nye warganegara MALAYSIA perlu b'satu padu m'bendung perkara ini daripada m'jadi lbih parah...dlm masalah agama...TIDAK SEPATUT nyer kite m'libat kn isu politik.....drpd kite c-buk m'hukum..lbih baek kite m'cri jln penyelesaian utk m'mantapkan + m'teguhkan aqidah umat ISLAM.....DAN MENGAPA BRU SKRANG???