Assalamualaikum semua.
Mungkin agak terlewat sedikit post ini dipublish.
Post ini didedikasikan khas untuk as-Syahid al-Imam Hassan al-Banna.
Ramai yang mengenali seorang pejuang Islam yang amat hebat ini. Sama ada melalui al-Ma'thurat atau risalah-risalah yang beliau tulis. Yang pastinya, beliau berjaya menghidupkan kembali nafas perjuangan Islam di abad ini.
Barangkali ramai yang tidak mengetahui tanggal 12 Februari merupakan iaitu kelmarin merupakan tarikh kembalinya beliau menghadap Ilahi. Ya, 12 Februari 1949 merupakan tarikh dimana rejim Raja Farouk merancang pembunuhan al-Imam. Semua jalan yang menuju ke pejabat Ikhwan al-Muslimin ditutup bagi melicinkan projek terkutuk mereka. Maka, terjadilah peristiwa yang meragut nyawa seorang DA'IE yang berjaya menanamkan rasa cinta kepada Allah SWT, cinta kepada perjuangan Rasulullah SAW dan sayang kepada Islam.
Namun begitu, kematian beliau bukanlah menjadi titik nokhtah perjuangan Islam malahan perjuangan Islam berkembang biak di seluruh dunia sebagaimana juga di Malaysia. Karya-karyanya dijadikan sumber rujukan hingga kini. Semoga Allah merahmati beliau.
Mari kita semua menyedekahkan al-Fatihah buat beliau. Moga-moga beliau ditempatkan bersama-sama para syuhada. Al-Fatihah.

0 comments:
Post a Comment