Assalamualaikum semua. Lama sudah jari saya tak menyentuh keyboard atas meja ini.Sudah menjadi kebiasaan bagi lepasan SPM seMalaysia ini akan meluangkan masa mereka dengan pelbagai aktiviti. PLKN, lesen motor dan kereta, kerja (dapat gaji) dan tak dilupakan, aktiviti paling santai dan rilek, tak lain tak bukan makan dan tidur.
Namun, sangat sedikit mereka yang mengambil peluang ini untuk menuntut ilmu. Iyalah, 11 tahun belajar, tak masuk 2@3 tahun di tadika (kami mahu bebas!!).
Oleh itu, tidak mahu saya buang masa di sini. Post ini sebenarnya permintaan daripada saudara Zakwan ( Channn!!) yang mahu mengetahui apa aktiviti saya. Dalam masa yang semakin suntuk ini, saya menyertai satu daurah yang diadakan oleh bekas pelajar KISAS. Nama program itu Madrasah Said Hawa di Pondok Baitul Qura' wal 'Ilmi (BQ), Sungai Udang, Melaka. Lebih kurang 3 minggu di sana. Sebenarnya, daurah hanya 2 minggu, tetapi...
MINGGU PERTAMA

Pemandangan pagi di BQ
Saya bersama Abg Razif bermusafir dari Shahab Perdana ke Melaka. Naik bas. Di sana, jumpa lah kawan-kawan baru dari KISAS. Tetapi, peristiwa penting berlaku minggu itu ialah kebersamaan kami dalam majlis ilmu pada 12/1/2010 yang dihadiri oleh al-'Allamah
Habib Umar bin Hafidz serta para habaib di BQ itu sendiri. Ramai yang hadir pada malam itu lebih daripada 5000 tidak termasuk yang berada di luar BQ dek kerana BQ sudah sesak dengan orang ramai yang hadir kerana cinta mereka kepada Rasulullah SAW. Yang datang, jangan cakap. Satu Malaysia dan juga dari luar negara.Kenapa ramai sangat? Sudah tentulah. Habib Umar bin Hafidz merupakan generasi cucu cicit Baginda SAW yang ke 39 (kalau salah, sila betulkan) dan ulama terkemuka di dunia malah menduduki tempat ke 33 dalam senarai 500 orang yang berpengaruh dalam dunia Islam. Pada tahun ini, dengan izin dan kehendak Allah, BQ menjadi lokasi Siri Ziarah dan Dakwah Habib Umar bin Hafiz.Selepas ceramahnya yang sangat bermanfaat (diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin dari Indonesia), para hadirin dijamu dengan juadah dalam talam. Makan dalam talam le.. Sudah pasti, sumber bagi jamuan ini hasil sumbangan daripada orang ramai. Masak pun di BQ. Bukan katering. Dan, kami peserta daurah dan pelajar pondok lah yang bergotong-royong mencuci peralatan memasak dan membersihkan kawasan BQ. 1 minggu diperlukan untuk memastikan segalanya beres sebelum mula belajar.
MINGGU 2 & 3

sauban, umar haziq, Abg Zul, saya
Lebih kurang 30 orang, kami memulakan pengajian dengan Kitab Usuluddin (Tauhid) dan diikuti dengan Kitab Fati Munyatul Musolli (Ibadat-Solat) dan diakhiri dengan Kitab Mau'idzah Hasanah karangan pengasas BQ sendiri iaitu al-Fadhil Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Ismail. Semua kitab diajar oleh Ust Zul. Alhamdulillah, walaupun ustaz sibuk dengan ceramah-ceramah luar sampai ke Bangi, Selangor, kami dapat khatam semua kitab.
Bab makan mestilah masak sendiri. Sedap tak sedap, bedal je. hehe.
2 Minggu vs 11 Tahun
Yang pasti, 2 minggu di BQ lebih bermakna berbanding 11 tahun di bangku sekolah. Apa yang tak kena dengan sistem pembelajaran KPM dengan institusi pondok ya? Saya ada jawapannya. Nak tahu YM la dengan saya. Kita buat sedikit perkongsian. Sikit saja.

Ustaz Zulkifli-besar cita-citanya
PENUTUP
Apa yang pasti, saya belajar 1 perkara yang sangat penting dalam hidup ini. "Terima kasihbebanyak ya Ustaz". Apa? Nak tahu? Datang sendirilah. Join satu lagi Daurah bulan April ini, Insyaallah. Sesiapa yang berminat boleh memaklumkan minat anda kepada saya.

1 comments:
Salam.. Kiranya boleh la noh kongsi ilmu kat sana dengan ana? :)
Post a Comment