Saturday, October 29, 2011

Allahumma solli 'ala Muhammad



tajuk macam takde kaitan. cuma itu saja mampu saya lafazkan.

25 Oktober lalu, semasa kelas counselling, Mama ( pensyarah counselling ) bukak cerita pasal keperitan seorang ibu melahirkan zuriat. Mama bercerita dengan nada yang agak lawak. kawan2 gelak bukan main tetapi saya hanya mampu mendengar.

****

29 oktober 1999

aku diam seharian. tak paham dengan semua orang. sampai la saat memandikan jenazah, baru la aku buka mulut. saat jenazah dimasukkan ke liang lahad, aku tanya kat arwah pak chaq, "kenapa ibu masuk dalam 'tu'?". entah apa yang pak chaq jawab, aku pon dah lupa.

hari ni, dah genap 12 tahun ibu pergi. dan ini kali pertama aku menaip tentang ibu. entah, mengapa tak banyak yang aku ingat tentang ibu. sejak tarikh tu, keperitan-keperitan yang aku lalui boleh kata setiap hari, melupuskan memori aku dengan ibu. cuma 3 benda yang aku ingat. 1) masakan ibu, especially sup bayam. 2) perlumbaan aku dengan ibu setiap hari selepas balik taski abim. 3) pesanan ibu masa ibu sakit, "Wan jangan gaduh2 dengan Angah, nanti payah nak besar".....entah kenapa ibu pesan macam tu. entah apa rasionalnya.

dulu, masa sekolah rendah, kalau orang cakap pasal ibu, aku takde respon. masuk sekolah menengah, senior selalu basuh, baru la nak ingat sikit2. tapi, masih tak terasa apa. sebab tak banyak benda aku ingat berkenaan ibu.

tapi ketidakrasaan tu tamat bila aku dah jadi student form 4. selalu pergi/menumpang rumah kawan. masa tu, aku tengok kemesraan antara kawan aku dengan mak dia. memang jelas. jeles terasa. mak dia pon layan aku dengan baik sekali. first time aku rasa best sangat. tak mampu nak describe macam mana perasaan tu.

****

teringin sangat jumpa ibu. entah Allah izinkan atau tidak. Dosa saya yang menggunung tinggi mengalahkan ketinggian seinfiniti gunung everest semacam menafikan peluang itu. Allahumma solli 'ala Muhammad ='(

"Ya Allah, ampunilah dosa hamba Mu ini. juga dosa kedua ibu bapaku. ku akui, terlalu banyak dosa yang pernah aku lakukan terhadap mereka. lapangkanlah kubur mereka, sejukkan kubur mereka, terangilah kubur mereka. ya Allah, aku teringin berjumpa mereka, melafazkan ucapan ampun kerana hamba Mu ini tidak sempat meminta ampun di saat sakaratul maut mereka. makbulkanlah doaku ya Allah..."

semoga dengan penghasilan post ini, saya lebih kerap merindui ibu dan juga ayah.

Tuesday, June 21, 2011

Tiba-tiba Menjadi Ustaz

Assalamu'alaikum semua(jika ada yang membaca post ini). Sekali lagi saya ingin menulis. Tajuk kali ini, bersempena common question yang pernah diajukan kepada saya. "Mengapa Saffwan tak update2 blog?" (^_^) saya menjawab, "Rasa tak layak, rasa ilmu terlalu sikit"

Hari ini, saya terbaca satu artikel di al-ahkam.net (sila klik jika ingin membacanya). Satu hadis yang menjadi titik tolak, penyebab kenapa saya tidak lagi menulis.

"Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tetapi selepas ditegur, ditanya beberapa kali, saya berfikir ada baiknya saya menulis, mengomen lirik lagu. Muzik, lagu adalah satu benda yang sangat saya minati. Sebabnya, ianya salah satu cara saya zikir dan fikir selainzikir dalam bahasa arab. Kalau dalam bahasa Arab yang sangat saya minati,saya kurang faham lantaran ianya bukan bahasa pertuturan saya.

Seperti biasa, satu lagi lagu ingin dikongsi, tetapi, saya tidak ingin mengomen. Kerana ianya mudah difahami. Layan =)

p/s : saya nak tunjuk Sunnah Berjuang dendangan Rabbani. ada zouq sikit. tapi tak jumpa. yang ini pon boleh la. layan,hayati liriknya.


Saturday, June 18, 2011

Kembali Beraksi 2

Assalamu'alaikum semua. Hari ini, saat saya menaip untuk entry blog ini, tarikhnya ialah 18 Jun 2011. Hari ini, alhamduLILLAH, Allah beri taufik dan hidayah untuk menaip lagi setelah sekian lama saya tidak menaip dan menulis.

Semalam, 17 Jun 2011,lebih kurang jam 6 petang, saya sekali lagi ditanya oleh sahabat/naqib saya, Razif Fuad mengapa saya terlalu lama tidak update blog?? Sambil menyengih (^_^), firstly sebab gembira dia belanja makan ayam RFC, secondly malu sebab dah terlalu ramai tanya soalan ni. Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang bertanya menggerakkan minda saya untuk terus berfikir dan membuang rasa malu untuk menulis kembali. Alhamdulillah, Allah beri juga taufik dan hidayah untuk saya menaip hari ini.

Semalam juga, saya sangat gembira. Gembira sangat sebab sempat bertemu adik-adik BADAR SMKAK juga generasi perjuangan dakwah Nabi di KMK. Alhamdulillah, walaupun hujan, Allah tetap berikan kekuatan untuk saya terus berkongsi ilmu dan pendapat dengan mereka. Moga-moga, selepas ini Allah beri keizinan kepada saya untuk bertemu dengan adik-adik di KUSISS pula. Terasa lama tidak bertemu dengan mereka, juga tidak dapat nak berkongsi ilmu berkaitan dakwah semasa dengan adik2 KUSISS. InsyaAllah =)

Mari kita hayati lagu ini, dan berfikir sehingga hari ini, apa sumbangan yang kita berikan kepada Islam, Palestine. Fikir-fikirkan, bukan sahaja mendengar lagu ye =)

Palestina Tercinta-Shoutul Harakah



Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al Aqsa tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Al Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Robbi izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Ya Allah masukanlah kami
Tercatat sebagai SyuhadaMu

Saturday, October 23, 2010

Kembali Beraksi

alhamdulillah. akhirnya, terupdate jugak blog ni. nak cakap kepada semua, tapi, mcm tak kesampaian je.

jgn berpecah belah.

cukup stakat itu. tak pandai nak elaborate dah.

assalamualaikum...

Friday, May 21, 2010

perhatian semua

Assalamu'alaikum. Di sini, saya ingin mengisytiharkan bahawa perjalanan blog ini mungkin terhenti seketika. hal ini kerana admin kepada blog ini sedang mengupdate diri sendiri supaya tidak ada lagi kata-kata yang boleh menjadi dusta. harap maaf. harap pembaca blog ini faham.

Monday, March 1, 2010

Kami Bebas..I'm Flying Without Wings


Assalamualaikum.

Dulu-dulu, masa zaman sekolah saya selalu ditanya dengan soalan-soalan yang kadang-kadang yang berada di luar pengetahuan saya. Mana yang saya tahu, saya jawablah. Yang tak tahu, saya minta maaf awal-awal.

Dulu juga, saya pernah ditanya yang sebegini rupa..

"Kenapa kami tak bebas macam form **** tahun lepas, bang? Tak adil la kalau macam ni"

Masa itu, adik-adik mula merungut dengan kami apabila peraturan dalam hal-hal agama diperketat. Sedangkan suasana hidup beragama sebelum tahun kami kurang ditekankan. Kurang ditekankan, bukannya tiada.

Saya pun tak tahu macam mana lagi hendak memahamkan mereka. Cuma penjelasan bahawa kita perlu ingat yang Allah memerintahkan kita supaya taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan ulul amri yakni pemimpin. Dan saya melihat, peraturan yang diadakan bukanlah peraturan kami adakan sendiri, tetapi sudah termaktub dalam Syariat Islam. Jika ada kesilapan pun, saya mohon maaf. Kami juga manusia.

Kebebasan Sebenar

Dalam Islam, tiada paksaan sebenarnya. Manusia sama ada Muslim atau non-Muslim diberi kebebasan. Bagi non-Muslim mereka bebas menganut mana-mana agama yang mereka yakini. Islam tidak memaksa mana-mana daripada mereka untuk menganut Islam juga tidak memaksa keluar daripada agama asal mereka. Sebagaimana firman Allah:

"Tiada paksaan dalam beragama, Sesungguhnya telah jelas kebenaran dari kesesatan."(al-Baqarah 2 : 256)

Bagi yang Muslim pula, anda bebas beri'tikad, bebas berfikir dan mengkaji serta bebas bercakap dan mengkritik.

Hak Berfikir, Hak Mengkaji


Allah sudah pun mengingatkan kita dalam surah Yunus, ayat ke-101:

"Katakanlah: Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi."

Juga firman-Nya dalam surah al-Hajj ayat ke-46 :

"Tidakkah mereka berjalan di muka bumi supaya ada bagi mereka hati-hati yang mereka dapat mengerti denganna atau telinga-telinga yang mereka boleh mendengarnya? Sesungguhnya mata itu tidak buta tetapi yang buta ialah hati-hati yang di dalam dada."

Oleh itu, tidak salah bagi seseorang untuk mengkaji dan berfikir kerana Allah sudah memperuntukkan hak-hak ini. Allah juga melarang hambanya daripada mengikut apa-apa sahaja mengikut zhon (curiga) dan waham (sangkaan) sebagaimana :

"Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun menolong kepada kebenaran" (an-Najm : 28)

Cuma barang diingat, kita perlu mendahulukan al-Quran dan Sunnah (hadis) berbanding logik akal dalam pengkajian kita.

Kebebasan Bercakap, Kebebasan Mengkritik

Ini satu lagi hak. Kita boleh lihat, ramainya ulama dan begitu juga banyak pula khilaf (perbezaan pendapat). Namun, tidak pula saya jumpa khilaf-khilaf mereka membawa kepada peperangan.

Mereka ini ulama. Maka mereka mempunyai ilmu. Mereka bercakap berdasarkan ilmu mereka yang diumpamakan lautan.

Misalnya, Kitab Tafsir al-Kassyaf karangan Imam Zamakhsayari,pemimpin aliran Muktazilah digunakan oleh pengikut-pengikut Sunnah dan mereka tidak terasa terhimpit atau terkongkong.

Namun, kita yang manusia biasa ini, bisa melakukan kesalahan. Dan kita manusia yang ilmunya sangat cetek ini, layakkah untuk mengkritik sehabis mungkin pendapat-pendapat ulama? Ini berlaku dalam kalangan pemimpin negara kita. Moga mereka, anda dan juga saya diberi hidayah taufik.

Satu Lagi Kebebasan


Lagi satu kebebasan yang selalu manusia sebut, "Biar la, hal aku. Kau menyibuk apa?". Ada juga bersuara, "Kubur masing-masing".

Kebebasan yang tidak dibolehkan ialah kebebasan dalam hal-hal kefasikan dan kemungkaran. Buka aurat dan segala macam maksiat (bukan sahaja berkhalwat dan berzina) adalah perkara-perkara yang dilarang. Jadi anda yang Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya buat benda macam ni.

Apabila sudah menjadi Islam, anda terikat dengan peraturan-peraturan yang menjaga manusia itu sendiri. Hal ini kerana Islam datang untuk menjaga agama, diri, keturunan, akal dan harta benda.

Dalam hal zina, Islam mengharamkannya kerana menjaga keturunan. Mahukah kita keturunan yang haram? Na'uzubillahiminzalik.

Ingat, kami melarang beberapa perkara sebab kita tidak bebas dalam hal kefasikan dan kemungkaran.

Check Diri

Jom pembaca sekalian, saya mengajak anda serta saya koreksi diri adakah kita telah melanggar kebebasan yang disebutkan.

Jika ada, jom kita turunkan ego, tundukkan nafsu, kita kembali kepada ajaran yang sebenar. Jikalau kita mampu berdiri sendiri di atas muka bumi ini, kita tak mengharapkan pertolongan Allah, maka barulah kita boleh bebas melakukan apa sahaja. Namun, bilakan saat itu akan tiba? Saya rasa tiada saat kita tidak memerlukan pertolongan daripada-Nya. Setiap masa mengharap bantuan-Nya.

Saya juga manusia biasa. Jika ada kesilapan dalam post ini, anda dipersilakan mengkumen secara terhormat dan diplomatik. =)

Wallau a'alam

Sunday, February 28, 2010

Diari Diriku

huhu. saje-saje tulis ini. dah tak de bende nak buat sangat. mengarut sekali sekala tak pa kan? hiburan untuk hati ni. =) nak tulis artikel baru? ade tajuk maybe. insyaAllah esok. moga diberi kekuatan.

patut la Allah cipta Hawa teman bagi Adam. sebab manusia ni cepat bosan(yang jenis macam aku lah). tapi tak semua kan. contohnya macam para solehin, mulut tak berhenti berzikir kepada Allah. sebab diorang melihat mulut itu dijadikan untuk beribadah. tak macam manusia yang laen. =)

ok lah. nak buat yang berfaedah siket!!

SUBHANALLAH

ALHAMDULILLAH

ALLAHUAKBAR!!!

semangat2!!!!

Monday, February 15, 2010

Bersabarlah, Allah Bersama Dengan Kita


keimanan tunjang kita

Bismillahirrahmanirrahim. Aku memohon perlindungan dariMu ya Allah daripada kejahatan lidahku. Sesungguhnya hambaMu ini hanya mengharapkan keredhaanMu sahaja.

Assalamualaikum. Mungkin post kali ini khas kepada yang bertanya, tetapi mungkin bermanfaat kepada anda jug
a wahai si pembaca blog saya ini.

Mesej Oh Mesej!

Mesej-mesej yang dibaca secara hakikatnya berlainan kalimatnya tetapi secara maknawi, sama saja maksudnya. Tiada beza. Semua berkaitan dengan Biah Islamiah. "Dah semakin berkurang la. Macam mana nak buat ya?" lebih kurang macam tu lah mesejnya.

Terasa nak tercabut jantung ini memikirkannya. Apa dah jadi sebenarnya? Bumi kusiss dah
terbalikkah? Tak kot.

Terasa bangga pun ada. Masih ada yang sensitif pada perkara ini. Tahniah buat yang peka! Masih ada an-Nur dalam diri anda.

Maratib Amal

Ada 5 peringkat dalam Maratib Amal.

1. Fardul Muslim (Individu Muslim)

2. Baitul Muslim (Keluarga Muslim)

3. Mujtama’ Muslim (Masyarakat Muslim)

4. Daulah Islamiah (Negara Islam)

5. Khilafah Islamiah (Empayar Islam)

Tidak mahu saya cerita pasal peringkat keempat dan kelima. Perkara yang menjadi aula (utama) dalam hal mewujudkan persekitaran yang baik ialah bermula pada peringkat pertama. Fardul Muslim. Kita (khas kepada yang menanya) perlu tanya kepada diri sendiri sama ada diri kita sudah ditanam dengan benih-benih akhlak Islamiah ke belum? Suka saya kata benih kerana kita perlu bermula daripada bawah. Boleh saja hendak bermula dengan peringkat tertinggi dan ianya sangat singkat masanya, tetapi percayalah bahawa hendak jatuh pun mengambil masa yang singkat juga.

Fardul Muslim

Apa yang perlu dalam menjayakan peringkat ini ialah aqidah yang sahih, hati yang bersih dan ilmu yang mencukupi untuk menghadapi hidup ini.

Dengan mengenali Pemberi Biah Islamiah, maka mudah saja bagi kita hendak teguh berdiri kukuh atas dunia ini. Dengan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah, walau apa yang mendatang, kita tidak akan goyah. Sesungguhnya Mukmin yang sebenar tidak memerlukan kebaikan seseorang untuk menjadi baik. Apa kiranya orang yang mengajak kita ke arah kebaikan sudah tiada atau berubah perangainya, maka kita juga kembali kepada kejahilan dan kebatilan.

Ingatlah pembaca yang juga saudara yang saya kasihi, pergantungan kepada Allah dan tekad yang sangat kuat merupakan kekuatan sebenar kita. Biah Islamiah, kawan yang mulia akhlaknya, guru yang baik pekertinya hanyalah pendorong kepada kebaikan. Jika azam kita kuat dan berharap agar Allah membantu kita memperbaiki diri, InsyaAllah, kita dalam golongan yang beruntung. Moga diberi hidayah dan taufik.

Hati yang bersih pula menyebabkan hati ini terhindar daripada penyakit hati seperti riak, takabbur, dan yang sama maksud dengannya. Jauhkanlah daripada pujian-pujian yang berlebih-lebihan kerana hal ini dapat menggalakkan pembiakan virus-virus ini. Sedarlah bahawa pujian ada 4 :

1. Pujian daripada Allah kepada Allah.

2. Pujian Allah kepada makhluknya.

3. Pujian makhluk kepada Allah.

4. Pujian makhluk kepada makhluk.

Hakikatnya, semua pujian kembali kepada Allah. Kita langsung tak berhak ke atas pujian itu. Tidak!!! Apa kau kira kau sudah hebat??!!!

Na’uzubillahiminzalik.

Dengan ilmu, anda dapat mengenali dunia ini. Tidak perlu saya bercerita panjang. Sesungguhnya ketakutan syaitan laknatullah terhadap seorang ahli ilmu lebih menggunung daripada ketakutannya kepada 100 orang ahli ibadat.

Baitul Muslim

Sibukkan diri kita dengan halaqah ilmiah. Jika yang bertanya ingat, saya pernah mencadangkan kepada anda supaya wujudkan usrah. Saya tidak memaksa. Hanya cadangan semata-mata. Mungkin usrah tidak sama dengan baitul muslim ini, tetapi dalam peringkat anda wahai kepimpinan pelajar, kepentingannya sama sahaja.

“Tiada kekuatan tanpa jemaah”

Cuba cari bahan-bahan ilmiah yang sesuai. Mungkin kitab karangan Allahyarham Syeikh Fathi Yakan, Apa Erti Saya Menganut Islam sesuai sebagai permulaan. Anda boleh berbincang sesama sendiri dahulu dan pastikan ada ustaz/ustazah yang akan membuat ulasan.

Mujtama’ Muslim

Sekiranya dua peringkat sebelum ini sudah kukuh, dengan izinNya, satu persekitaran yang baik dapat diwujudkan oleh sesuatu jemaah. Konsepnya untuk menjayakan peringkat ini lebih kurang sama sahaja dengan peringkat-peringkat sebelumnya.

Kamu Berdakwah? Sudahkah Melalui Prosesnya?

“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (as-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”(al-Juma’ah 62:2)

Ayat ini dan banyak lagi yang serupanya adalah tunjuk ajar daripada Allah SWT kepada RasulNya bagaimana hendak berdakwah.

Ketahuilah bahawa Rasullullah sebaik-baik qudwah(ikutan) bagi umatnya. Sebelum Allah mengarahkan baginda berdakwah, Allah memastikan hati baginda suci. Hal ini dibuktikan dengan peristiwa di mana baginda dibedah oleh dua malaikat untuk menyucikan hati dan meletakkan hikmah kepada diri baginda.

Rasulullah yang diutus dalam kalangan golongan yang benar-benar sesat, diajar untuk membaca ayat-ayat suci Allah kepada mereka. Setelah hati menjadi suci, maka diajarkan pula ilmu melalui perantaraan Jibril AS. Diri dilengkapi ilmu, barulah baginda mengajar.

Formulanya:-

Belajar -> Tazkiyah an-Nufus (penyucian hati) -> Dakwah

Maka, apakah alasan kita untuk tidak mengikuti sunnah ini?

Saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk menidakkan sunnah ini.

Kamu Tahu Apa Itu Dakwah?

Sebenarnya, bagi orang yang berdakwah, mereka buat dua kerja dalam satu masa. 2 in 1. Mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sambil-sambil mengupgrade diri sendiri. Kalau hendak tunggu diri sempurna, maka jawapannya sampai kiamat takkan sempurna. Kerana manusia macam kita ini tidak sempurna. Namun, barang diingat (ayat Sir Shahri semasa di KUSISS dulu), kita ini sebaik-baik ciptaan. Disertakan akal ke dunia ini.

Abaikan segala cercaan. Segala kesalahan dulu perlu kita perbaiki. Jangan asyik mengingat kisah silam yang kelam kerana kita akan merasakan diri kita sangat bodoh sebaliknya melihat masa yang mendatang dan merancang bagaimana untuk menghadapinya beserta beroleh keredhaanNya. Melihat kisah silam sekali sekala boleh supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Mari kita sama-sama renungi kata yang penuh hikmah ini.

“Orang yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya, dia memilih bagaimana dia hendak mati, dan dia sendiri memilih tempat mana dia hendak pergi selepas mati. Orang bodoh pula hanya berangan-angan sebatas dunia sementara, tanpa sedar pun yang akhirat itu jauh lebih bermakna”

Penutup : Aku Tak Mampu

Sebenarnya, saya tidak mampu untuk mengubah diri anda sebenarnya. Namun, anda sebenarnya mampu mengubah diri sendiri dengan kekuatan hakiki.

Saya hanya penyeru, sama ada anda mengambil tindakan atau tidak adalah pilihan anda. Tapi yang pastinya kita semua bakal disoal tentang pilihan kita ini.

“Aku teringin sekali membantumu. Namun, aku merasakan kamu tidak suka aku menyibuk akan hal-halmu. Aku tahu bahawa kamu ada matlamat tersendiri. Tetapi ingatlah bahawa, aku tidak akan membiarkan perjuangan ini dikotori dengan hati-hati yang kotor, yang mahukan dunia ini!”


"Saya bersedia mendengar apa sahaja masalah yang ingin diluahkan walaupun ia boleh menambahkan kesedihan saya sendiri asalkan orang yang datang berjumpa saya berasa lega"